Tioman Island Full Board Package

Find your dream Tioman Island packages. Grab cheapest Tioman Island Packages ( Hotel + Ferry + Meals + Snorkeling ). Fast + Simple + Save Money.

Powered by Blogger.

Package Murah Berkeluarga Pulau Tioman 3 Hari 2 Malam

Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera. Terima kasih kerana meluangkan masa di laman wan tioman 2u. Semoga laman ini dapat membantu pengunjung yang ingin bercuti ke Pulau Tioman. Mungkin ada dikalangan pengunjung yang ingin bercuti ke Pulau Tioman untuk memilih penginapan yang luas dan selesa sebagai terapi menghilangkan stress sepanjang 3 hari 2 malam di Pulau Tioman setelah penat bekerja serta kesesakan di bandar.

Junior Suite Room 

Bilik jenis Junior Suite ini adalah sangat sesuai kepada famili yang mempunyai ahli keluarga yang besar antara 4 hingga 5 orang yang tak mahu ambil penginapan lebih. 1 penginapan boleh muat satu keluarga, jimat kan? Jarak dari bilik ke pantai kurang 30 meter sahaja, maknanya tidak perlu berjalan jauh untuk ke pantai. Bilik Junior Suite ini mempunyai kelengkapan seperti aircondition, hot shower, bathroom, tv dan pantry. Kelengkapan yang cukup ini membuatkan macam tak mahu keluar dari penginapan.







Package includes:
  • 2 ways fast ferry transfer (mersing-tioman-mersing)
  • Welcome drinks
  • 2 nights accommodation Junior Suite
  • 2 breakfast
  • 1 packed lunch
  • 1 dinner 
  • 1 barbeque dinner
  • 2 supper
  • Snorkeling trip
Itineraries
  • Day 1
Depart to Kampung Genting by ferry from Mersing/Tg. Gemok Jetty.
Welcoming drink, and check-in.
Dinner and supper.
  • Day 2
Breakfast.
Depart for snorkeling trip,
Packed lunch
BBQ dinner and buffet supper.
  • Day 3
Breakfast.
Free and easy activities.

Kepada yang berminat untuk tempahan pakej diatas, boleh terus menghubungi saya di 019-2941683

Yang bertugas,
Abang Wan









4 Hari 3 Malam Pakej Open Water Course Certificate By PADI



















Terima kasih kerana sudi meluangkan masa ke bahagian PADI Certification. Mungkin ada diantara kita yang masih belum tahu maksud PADI walaupun sudah memegang lesen tersebut. 

PADI - Professional Association of Diving Instructors. 

Padi adalah merupakan sebuah badan organisasi yang terbesar di dunia, Ditubuhkan pada 1966 oleh John Cronin dan Ralph Erickson Cronin asalnya ialah seorang jurulatih untuk organisasi selaman NAUI (National Association of Underwater Instructors) yang kemudiannya berhasrat untuk menubuhkan organisasinya sendiri bersama Erickson. Headquarters yang terletak di California America Syarikat. Untuk harga pakej Open Water bagi 2017 anda boleh lihat dibawah.

Full Board Package Open Water Scuba Diving 2018 [4 days 3 nights]

RM1400 / person (minima 1 pax)
  • 2 ways fast ferry transfer (mersing/tg.gemok - tioman - mersing/tg.gemok)
  • Welcome drinks
  • 3 nights accommodation
  • 3 breakfast
  • 2 lunch
  • 2 dinner
  • 1 barbeque dinner
  • Your dive equipment
  • Your own Log book
  • Instructor fee
  • A PADI certification card upon successfull completion of the course
Itinerary

Day - 1
1200hrs - Check-in
1300hrs - lunch (not included)
1400hrs - Open Water Class
1600hrs - Swim test
1900hrs - Dinner
2000hrs - Open Water Class 2

Day - 2
0700hrs - Breakfast
0800hrs - Open Water Class 3
1000hrs - Dive 1
1300hrs - Lunch
1500hrs - Dive 2
1900hrs - Dinner
2000hrs - Class

Day - 3
0800hrs - Breakfast
0900hrs - Dive 3
1330hrs - Lunch
1400hrs - Dive 4 & 5
1900hrs - Dinner
2000hrs - Open Water Class 4
2200hrs - Exam

Day - 4
0800hrs - Breakfast
1000hrs - Photo
1100hrs - End

Yang bertugas,
Abang Wan

10 Peraturan Menyelam Mesti Anda Tahu Untuk Menjadi Penyelam Terbaik



Always perform a safety stop - Hentian keselamatan adalah amalan yang biasa dilakukan oleh para penyelam. Setiap penyelam tahu bahawa sebelum menaik, seseorang itu perlu berhenti di 5 meter / 15 kaki selama tiga minit untuk membantu off-gas nitrogen yang diserap semasa meyelam. Tujuan berhenti keselamatan ini adalah untuk unload nitrogen. Bagaimanapun ia bertujuan untuk memberi masa badan anda untuk melepaskan nitrogen sedikit demi sedikit. Hentian keselamatan itu juga mengingatkan para penyelam untuk melihat keatas kemungkinan ada halangan.


Watch your ascend - jangan menaik atau timbul di permukaan dengan cepat ketika anda berada di 9 meter (30 kaki) dalam seminit. Ini bermakna bahawa jika anda seorang penyelam dan menyelam sehingga 18 meter, masa pendakian adalah anda perlu 2 minit sekurang-kurangnya. Jika lebih itu adalah lebih baik untuk diri anda.



Always dive with a buddy -  Untuk mengurangkan risiko, anda hendaklah sentiasa menyelam dalam berkumpulan. Ini kerana apabila anda menyelam secara berkumpulan, sebarang kejadian yang berlaku seperti kekejangan (cramps), out of air atau kegagalan alat berfungsi dengan baik walaupun ia jarang berlaku dapat membantu anda sewaktu itu.


Never exceed the dive limits - Setiap kedalaman anda menyelam adalah terdapat had-had masa yang tertentu. Sekiranya anda menyelam 18 meter, anda hanya boleh berada didasar tidak melebihi 50 minit. Sekiranya melebihi 51 minit anda mungkin berada under the risk of decompression sickness. Pastikan anda merekod setiap minit masa anda menyelam. Sekiranya anda menyelam berbaki 10 minit, disarankan naik sedikit selepas 5-6 minit.


Show respect to the marine life - Kehidupan didalam air telah lama wujud sebelum adanya manusia, mencintai kehidupan dasar lautan adalah menjadi keutamaan bagi para penyelam di dunia. Menghormati kehidupan laut adalah satu nilai murni yang harus di tunjukkan kepada orang lain. Semasa anda menyelam, pastikan tidak melakukan kerosakkan kepada kehidupan laut seperti coral kerana akan memberi kesan kepada haiwan laut apabila coral mati.


Always perform continuous breathing - Teruskan bernafas seperti yang anda bernafas sekarang. Sekiranya anda menahan nafas sewaktu menaik boleh memecahkan paru-paru anda tanpa memberi isyarat bahaya. Ia disebabkan jumlah peningkatan udara didalam paru-paru anda.
NEVER HOLD YOUR BREATH!


Check your air pressure - Dalam setiap 5 minit, lihat / periksa alat tekanan anda (pressure gauge). Sekalipun anda seorang penyelam professional, jadikan itu satu amalan kerana kita tidak tahu samaada alat kita tiba-tiba gagal berfungsi tanpa kita sedari. Menyelam lebih dalam, periksa lebih kerap. Anda akan menghirup udara lebih yang lebih padat pada 30 meter daripada kebiasaan 15 meter. Jadi anda harus meningkatkan kekerapan cek pressure gauge apabila menyelam lebih mendalam.


Take good care before dives - Perkara seperti ini sering di remehkan. Rehat secukupnya sekurang-kurangnya 8 jam sebelum menyelam, jauhi alcohol. Selepas anda bangun pagi pastikan anda mengambil sarapan yang khasiat. Makan makanan ringan sebelum anda menyelam tetapi jangan menyelam sewaktu anda lapar kerana ia boleh membuat anda lapar dan pening.


Avoid yo-yo dive - Merancang selaman anda bersama kumpulan anda. Sekiranya anda bersetuju untuk menyelam dengan kumpulan anda sedalam 20 meter, mula naik perlahan-lahan selepas anda berakhir dengan 20 meter. Selepas kedalaman 20 meter dicapai, penyelam harus naik secara perlahan-lahan dan kembali ke permukaan pada akhirnya. Jangan mulakan untuk naik dari 20 meter kepada 15 meter dan kembali semula 20 meter. contoh seperti dibawah



Don't exceed your certification limits - Sekiranya anda pemegang lesen Open Water, had maksumim kedalaman anda adalah 18 meter. Jangan menyelam contohnya 25 meter tanpa latihan dan pengalaman yang betul. Ini akan menjejaskan diri anda sekiranya berlaku kecemasan. Jangan cuba menyelam di kawasan gua dan lokasi yang susah. Sekiranya ingin menyelam di kawasan gua, pastikan anda mendapat kebenaran daripada ketua (instructor) serta mengikut arahan ketua. Ingalah sewaktu anda mula-mula ingin mengambil lesen, anda telah diberi surat risiko tanggungjawab diri sendiri. Ingatlah bahawa had kedalaman mutlak maksimum bagi penyelam scuba rekreasi adalah 40 meter (kedalaman yang dicadang adalah 30 meter) Walaupun anda seorang deep diver, pengajar atau profesional penyelam di mana-mana tahap, anda tidak boleh melebihi. Sila ingat, " menyelam yang berjaya adalah yang anda lakukan dengan selamat dan tersenyum". 

Photo kredit: www.percutianpulautioman.blogspot.com 

Selamat Hari Pekerja 2017 Dari Pulau Tioman


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada seluruh Rakyat Malaysia yang kami sayangi, di kesempatan ini kami dari pihak resort dan orang kampung di seluruh Pulau Tioman ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Pekerja 2017 kepada seluruh rakyat Malaysia yang bekerja atau yang sudah bersara tidak kira dimana anda berada. Jasa anda yang sebagai pekerja telah berkhidmat sebelum ini tidak akan dilupakan oleh majikan. Kepada pelancong-pelancong yang penat bekerja pernah memohon cuti tahunan dengan tujuan untuk bercuti ke Pulau Tioman, anda juga kami tidak melupakan. Sekian dari kami wassalam.

Yang bekhidmat,
Abang Wan

Tioman Island Snorkeling Trip To Monkey Bay and Rengis Island - Student IPG Negeri Sembilan











Selamat datang ke website Wan Tioman 2u
Website Wan Tioman 2u ini merupakan satu platform bagi memudahkan para pengunjung untuk merujuk dan mendapatkan maklumat berkenaan dengan  waktu feri dan serta gambar-gambar menarik di Pulau Tioman.

Kami menyediakan pakej menarik di Kampung Genting, Kampung Paya, Kampung Tekek, Kampung Air Batang, Panuba Inn Resort, Kampung Salang dan Kampung Juara. Bukan itu sahaja, bagi yang ingin mendapatkan tiket feri atau pakej snorkeling trip, pakej berbulan madu, pakej fishing, mendaki Gunung Semukut, mendaki Gunung Kajang dan charter boat atau feri juga kami akan bantu.

Kami tampil untuk memudahkan pengunjung untuk mendapatkan harga pakej yang berbaloi. Semua hasil tangkapan gambar adalah original dari kamera kami. Kami akan sentiasa update website ini dari masa ke sama, bagi memudahkan para pengujung kami mengalu-alukan pengunjung menurunkan email diruang komen supaya kami dapat menghantar details pakej dengan kadar segera. Sila kongsikan berita gembira ini kepada semua, selamat menonton.

yang bertugas,
Abang Wan Tioman.